Enjin Carian

Alamat Sekolah

Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu, Negeri Sembilan.

Tel: 06-6137463 
Faks: 06-6138015
Alamat Email :
mysmtkk@smtklawang.com


Staff

Promosi Sekolah
Komuniti SMTKK
Komuniti SMTKK

Semak Permohonan Ke IPT







 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMTKK

Kenali diri anda menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh Kaunselor anda..

.:INFO SEMASA:.

MENTOR
m e n t o r i

l2 0 10l

      Program mentor-mentori ini merupakan satu program yang berterusan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara para pelajar dan guru dalam suasana kekeluargaan.
      Guru yang berperanan sebagai pengganti kepada ibu bapa dan juga sebagai mentor serta pelajar sebagai mentori merupakan tonggak utama dalam melancarkan keberkesanan program ini.
      Program ini merupakan salah satu usaha para guru memantau perkembangan diri seseorang pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam suasana kekeluargaan yang cuba ditetapkan.

Objektif:
.: Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi perkembangan dan kemampuan pelajar dalam bidang akademik
.: Membimbing dan menunjuk ajar supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.
.: Merapatkan hubungan pelajar dan guru
.: Merapatkan hubungan pelajar dan pelajar
.: Merapatkan lagi hubungan pelajar, guru dan ibu bapa/penjaga
.: Menyelesaikan masalah pelajar termasuk masalah pelajaran dan masalah sahsiah pelajar
.: Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
.: Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut bidang-bidang tertentu sesuai dengan potensi dan minat pelajar
.: Menerapkan nilai murni di kalangan pelajar supaya dapat diamalkan dalam perhubungan harian.

Cadangan Tarikh Pertemuan:

PERJUMPAAN TARIKH
PERTAMA 26 JULAI- 30 JULAI 2010
KEDUA 16 OGOS - 20 OGOS 2010
KETIGA 20 SEPT- 24 SEPT 2010
KEEMPAT 11 OKT - 15 OKT 2010
KELIMA 01 NOV- 4 NOV 2010
   

Sepuluh Tips untuk mentor:
1. Sentiasa bersedia dan meluangkan masa untuk bertemu mentori
2. Mendengar pengucapan mentori dengan penuh kesungguhan
3. Memberi pandangan mengenai perilaku mentori dengan penuh hati-hati dan berhikmah
4. Sentiasa memberi bantuan dan sokongan padu ketika mentori dalam kesulitan tetapi tidak pula terlibat secara emosi
5. Sentiasa bersikap mesra dan mengambil berat tentang mentori
6. Bertindak sebagai jurulatih, untuk membolehkan mentori memberi tindak balas yang berkesan terhadap kemajuan dan pembangunan diri
7. Menunjukkan minat dan kesungguhan terhadap kejayaan mentori dan memberi pujian yang sepatutnya.
8. Selalu membantu mentori menilai perkembangan pembelajaran di sekolah
9. Berfikiran terbuka, adil dan konkrit serta memberi kritikan yang membina
10. Sebagai seorang manusia sepatutnya mengakui kelemahan dan berkongsi masalah dengan mentori.


ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MENGENALI SIAPA DIRI ANDA?
P O T E N S I   A N D A ?
KENALI DIRI ANDA

MENERUSI PERKHIDMATAN
YANG DISEDIAKAN OLEH
KAUNSELOR-KAUNSELOR ANDA....

                                                                    


Cik Zuriana Binti Abdul Raof
Kaunselor

Tahukah Anda?

Kami sedia membantu
mengenali personaliti,
memperkembangkan potensi,
memantapkan ketahanan diri

Perkhidmatan kami merangkumi aspek

*mengenali personaliti
*akademik
*kerjaya
*disiplin
*peribadi
*pembangunan diri
*emosi
*rakan sebaya dan lain-lain.
 


 

 

 



Cik Hazlin Binti Baharum
Kaunselor

Perkhidmatan kami secara individu atau berkelompok

Cara untuk mendapatkan perkhidmatan:

*Datang ke Bilik Kaunseling
*Buat temu janji
*Isi borang temu janji
*Tetapkan tarikh dan masa



   Bilik kaunseling individu                     Bilik kaunseling berkelompok
 

KUNJUNGILAH BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMTKK
Temui kaunselor pilihan anda dan
Rasakan perubahannya.....

Lokasi kami:
No. BT 8 Aras 2 Blok Akademik
(Berhadapan tangga / atas Bilik Guru)
>>Cracked Pot
     
     

Kursus Yang Ditawarkan
1. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Aliran Teknik)
-------------------------
2. Kursus Elektrik Elektronik (MPAV)
-------------------------
3. Kursus Perdagangan (Aliran Teknik)
-------------------------
4. Kursus Pengurusan Perniagaan(MPAV)
-------------------------
5. Kursus Pengurusan Teknologi Pejabat(MPAV)
-------------------------
6. Sijil Kemahiran Malaysia-Elektrik
 
 
Kejayaan SMTKK

 
Pautan

LAIN-LAIN PAUTAN


BPTV
Jab. Pel. Negeri Sembilan
Kem. Pelajaran Malaysia
Tempat Menarik di Kuala Klawang (Jelebu)
Kemasukkan ke Sek Men Teknik
Jab. Perkhid. Awam
UKM/IPhO
National Geographic
(Science&Space)

Currency Converter
Kamus Online
Sastera Dan Budaya
ASTRONOMY 2009
Agensi Nuklear Malaysia